(A) SOP Perjanjian Perkhidmatan
Langkah 1: Deposit Wajib (50%)
• Sebarang kerja (skrip, shooting, atau editing) tidak akan dimulakan sebelum deposit 50%. Deposit ini adalah komitmen pelanggan yang serius untuk mendapatkan khidmat Budak sekolah ads.
Langkah 2: Watermark pada Draf Video
• Apabila video telah siap, draf video untuk semakan (review) akan diberi kepada pelanggan yang mempunyai Watermark Besar ("DRAF BUDAK SEKOLAH ADS") di tengah-tengah video.
• Kualiti draf video adalah dalam pixel yang rendah.
Langkah 3: Kawalan Akaun Iklan (FB Ads)
• Pelanggan yang akan memasukkan maklumat kad kredit/debit mereka sendiri ke dalam akaun iklan mereka. Budak sekolah Ads hanya bertindak sebagai "Advertiser".
• Jika pelanggan mahu Budak Sekolah Ads mendahulukan bayaran kepada Facebook Ads (Sangat tidak disyorkan), Budak sekolah Ads wajib minta bayaran bajet iklan tersebut sebanyak 100%.
Langkah 4: Pelunasan Baki (Baki 50%)
• Selepas video dipersetujui, invois akan dihantar untuk memohon baki bayaran
• File video kualiti tinggi tanpa watermark akan diserahkan kepada pelanggan selepas baki 50% dibayar iaitu sebelum kerja mengiklankan di Facebook Ads dijalankan.
(B) Draf Surat Perjanjian / Terma Perkhidmatan
TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN (BUDAK SEKOLAH ADS)
1. PEMBAYARAN & DEPOSIT
• Pelanggan yang bersetuju untuk melantik Budak Sekolah Ads perlu membayar deposit sebanyak 50% sebagai pengesahan tempahan sebelum kerja dimulakan.
• Baki 50% hendaklah dilunaskan dengan serta-merta selepas draf video terakhir dipersetujui dan sebelum fail asal diserahkan atau iklan dijalankan.
2. PINDAAN
• Pakej ini merangkumi maksimum 2 kali pindaan minor (contoh: tukar teks, tukar muzik latar).
• Pindaan major (contoh: tukar konsep keseluruhan atau shooting semula) selepas skrip dipersetujui akan dikenakan caj tambahan.
3. HAK MILIK INTELEKTUAL
• Hak milik video sepenuhnya hanya akan berpindah kepada Pelanggan selepas bayaran penuh diterima oleh Budak Sekolah Ads.
• Budak Sekolah Ads berhak menggunakan video tersebut sebagai portfolio di media sosial kecuali atas permintaan bertulis oleh Pelanggan.
4. PEMBATALAN
• Sekiranya Pelanggan membatalkan projek selepas kerja dimulakan, deposit 50% tidak akan dikembalikan bagi menampung kos masa dan operasi yang telah berjalan.
5. PENGURUSAN IKLAN (FB ADS)
• Budak Sekolah Ads bertanggungjawab menguruskan teknikal iklan. Prestasi jualan adalah bergantung kepada kualiti produk dan respon Pelanggan terhadap mesej yang masuk.
• Bajet iklan (Ads Spend) adalah tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya.