TENTANG KAMI


KENAPA PILIH BUDAK SEKOLAH ADS? "Kerana Teknologi Hanya Alat, Manusia Adalah Jiwanya."


1. Mitos Teknologi vs Realiti Seni

Hari ini, sesiapa sahaja boleh memiliki teknologi. Perisian editing yang canggih, dron resolusi tinggi, malah kecerdasan buatan (AI) kini tersedia untuk semua. Namun, adakah teknologi semata-mata mampu menghasilkan skrip yang MEMPENGARUHI, membina JENAMA, sehingga membuahkan JUALAN?

Jawapannya, tidak. Teknologi hanyalah peralatan. Tanpa kreativiti, kesenian, dan pemahaman mendalam terhadap watak manusia, video hanyalah paparan visual yang kaku.


2. Bakat yang Dilahirkan, Pengalaman yang Diasah

Di Budak Sekolah Ads, kami tidak percaya kepada kemahiran yang datang sekelip mata. Potensi kami sebagai videografer dan pakar pemasaran bermula sejak lahir—hasil gabungan pengalaman mengasah Rohani (SQ), Akal (IQ), dan Emosi (EQ).

Ia bermula daripada zaman kanak-kanak yang bebas meneroka dunia sosial, mengkaji gerak-geri masyarakat, dan menjadikan alam semulajadi sebagai guru. Ia dipupuk melalui kecintaan terhadap muzik, teater, sejarah, melancong, dan kesusasteraan.


3. Daripada Diari ke Lensa Digital

Lama sebelum kami memegang kamera, pengalaman hidup ini telah pun diekspresikan melalui lukisan, catatan diari, lirik lagu, dan coretan lirik. Apabila teknologi video, bunyi, dan AI muncul, ia hanyalah alat baru untuk kami meneruskan LEGASI KESENIAN tersebut ke dalam bentuk digital.

Budak Sekolah Ads lahir untuk menterjemahkan "Kemahiran Jiwa" ini ke dalam setiap karya kami.


4. Kami Bukan Sekadar 'Salesman', Kami Adalah Videografer Jiwa

Jika ada yang mengatakan peralatan canggih mampu menghasilkan filem yang memukau, pandangan itu kurang tepat. Kerana filem yang benar-benar berkesan mestilah lahir daripada Jiwa yang Berkarya.

Di Budak Sekolah Ads, kami menawarkan:

Memberitahu kepada yang tidak tahu.

Mengingatkan kepada yang lupa.

Mempengaruhi dengan nilai dan manfaat.

Budak Sekolah Ads:

Menaikkan Jenama Anda

dalam Persaingan Ramai

Melalui Karya yang Berjiwa.


a. Kami tidak bersaing dengan harga murah. Kami bersaing dengan Nilai Intelek dan Rohani. Perkhidmatan kami hanya khusus untuk pelanggan yang menghargai kualiti (High-ticket clients).


b. Kami adalah berbeza dibandingkan dengan "budak-budak baru nak up" yang hanya tahu guna software tapi tak tahu seni penceritaan.


c. Kreabiliti kami adalah kepada pendekatan Pengalaman Rohani (SQ), Akal (IQ) dan Emosi (EQ).


d. Jenama "Budak Sekolah" melambangkan kemurnian belajar, kejujuran berkarya, dan kesinambungan legasi seni dari kecil sehingga dewasa.